Apa itu pelaburan Unit-Trust sebenarnya?
Pelaburan seperti ASB?
Pelaburan seperti di BSKL?
Pelaburan yang sebenarnya tidak untung?
PENGENALAN KEPADA PELABURAN UNIT TRUST
·Satu skim pelaburan yang dikelolakan oleh Syarikat Mutual Fund / Saham Amanah
·Mempunyai 2 harga (Harga Jualan & Harga Belian) yang berubah-ubah mengikut prestasi semasa
·Harga Belian(NAV atau Nilai bersih Asset) = Harga yang syarikat beli dari anda
·Harga Jualan(NAV + Yuran penngurusan) = Harga yang syarikat jual kepada anda (sudah termasuk service caj biasanya)
· Service-Charge biasanya 5% - 7% dan 1.5% - 2% setahun Yuran Pengurusan
· Contoh: Dana Amanah Public Mutualdi Utusan Malaysia / New Straits Times etc.
· Harga akan turun apabila agihan bonus unit/dividen tahunan diumumkan
Contoh : Nilai Asset = RM 100,000 = RM 1 seunit
Jumlah Unit Saham 100,000 unit
Jika agihan bonus unit = 20 unit setiap 100 unit, maka jumlah unit saham akan menjadi 120,000 unit, maka harga 1 unit saham akan jatuh kepada
Nilai Asset = RM 100,000 = RM 0.83 seunit
Jumlah Unit Saham 120,000 unit
KESILAPAN YANG SERING BERLAKU DI DALAM PELABURAN UNIT TRUST
Ramai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah tersebut.
Kebanyakan keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan ejen unit-trust tersebut. Inilah yang banyak berlaku selama ini, sehingga membuatkan ramai orang mula hilang percaya kepada pelaburan unit trust. Ada juga yang menyindir " I invested my money in a unit trust that cannot be trusted at all!"
Jika anda lihat trend sekarang pun, ramai orang tidak mahu melabur wang mereka kerana menyangka prestasi pelaburan Unit Trust menurun sejak akhir-akhir ini akibat pengisytiharan agihan bonus unit/ dividen tahunan yang rendah untuk 2-3 tahun lepas.
Contoh Illustrasi
Pada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana XXX akan mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 15 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun, maka anda membuat keputusan untuk melabur sekarang, supaya anda dapat menikmati agihan 15 unit tersebut dalam masa yang singkat.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Harga unit Dana XXX pada 30 Disember 2003 = RM 0.58 seunit (mengikut harga jualan sekarang)
Jumlah Pelaburan yang dibayar = RM 100,000
Jumlah pegangan unit = RM 100,000 / RM 0.58 seunit
= 172,414 unit
Agihan Bonus Unit Tahunan pada 5 April 2004 = 15 unit bagi setiap 100 unit
Harga baru unit Dana XXX pada 5 April 2004 = RM 0.50 seunit
Jumlah pegangan unit baru = 198,274 unit
Nilai Pelaburan sekarang = 198,274 unit x RM 0.50 seunit
= RM 99,137
Anda sebenarnya sudah kerugian RM 863 jika anda menjual semula pelaburan anda pada 8 April 2004 kerana harga saham sudah pun jatuh akibat pelarasan agihan bonus unit tahunan tadi.
Untuk mendapat untung, maka anda terpaksa menunggu apabila harga saham tersebut naik semula kepada paras RM 0.55 ke atas.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UNTUNG?
Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan Unit-Trust beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima.
Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah – BELI SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL. Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda.
BELI SEMASA HARGA MURAH
Contoh Illustrasi
Melabur RM 100,000 pada bulan 30 Mac 2003 ke dalam Dana Public Ittitkal Fund dengan matlamat mencari keuntungan dalam masa singkat.
Dana Public Ittikal Fund
Jumlah duit yang dilaburkan = RM 100,000
Tarikh Dana dilancarkan = 25 Mac 2003
Profail Dana = Agresif - 95% di dalam Ekuiti Lulusan Syariah, 5% dalam bon Islam
Harga jualan pada 30 Mac 2003 = RM 0.50 seunit
Service Charge & Annual Fee = 5% service charge & 1% annual fee (antara yuran termurah)
Jumlah pegangan unit yang diterima = 200,000 unit
JUAL SEMASA HARGA MAHAL
Harga unit saham pada 27 Feb 2004 = RM 0.6015 /unit
Nilai Pelaburan sekarang = RM 120,300
Jumlah Keuntungan (Profit) = RM 20,300
Peratusan keuntungan (%) = 20.3 %
Berbanding pelaburan ASB yang memberi pulangan sebanyak 9.25% pada 2003, walaupun tempoh pelaburan belum genap setahun, pulangan Unit Trust Dana Public Ittikal Fund ternyata lebih banyak (20.3%), jika ia dibuat dengan cara yang betul.
Nota :
Untuk nasihat pelaburan yang boleh-diharap (reliable), sila hubungi saya di 012-3278718
No comments:
Post a Comment