Sunday, May 31, 2009

Hi Graduan UiTM 2009,

Saya dah sertai PUBLIC MUTUAL BERHAD sebagai PERUNDING DANA AMANAH.


PENG ENALAN

Apa yang terlintas di fikiran ketika ingin memulakan perniagaan adalah modal permulaan dan jenis perniagaan apa yang akan dilakukan. Bagi yang tiada langsung mempunyai pengalaman ataupun sedang makan gaji janganlah memikirkan modal adalah batu halangan besar untuk menggerakkan perniagaan anda. Kadang-kadang perancangan telah dibuat tetapi disebabkan modal yang tidak mencukupi, perancangan perniagaan tinggal menjadi kenangan.
Manakala ramai individu menghadiri kursus-kursus tertentu yang menjurus kepada perniagaan mereka.

Mereka berminat yang dengan dunia Unit Trust menghadiri kursus bagaimana membuat persembahan berkaitan.

Faktor utama yang menyumbangkan kepada kejayaan adalah sikap yang ada dalam diri usahawan itu.

Persiapan yang paling utama disebalik memikirkan perkara modal dan jenis perniagaan adalah menanamkan minda untuk menjadi usahawan cemerlang. Pelbagai panduan yang akan dikongsi dengan pembaca apakah persiapan minda yang perlu kita tanamkan sebelum menjadi usahawan. Sesuai bagi adik­adik yang sedang belajar ataupun rakan-rakan yang ingin mencuba untuk menjadi usahawan, minda usahawan cemerlang adalah lebih mahal harganya daripada modal permulaan perniagaan anda. Malahan ini adalah sebenarnya modal yang anda perlu disediakan sebelum membuka perniagaan. Mulakan hari ini dengan menanam benih minda usahawan cemerlang dan saya yakin pokok ini akan membuahkan hasil suatu hari kelak.

Minda #1 : Minat dalam perniagaan
Bagi yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan Unit Trust, anda bukan sahaja perlu minat dalam bidang Unit Trust. Manakala yang berminat dalam bidang pertanian, anda bukan sahaja perlu pakar dalam ilmu pertanian / ternakan. Dan sama juga jika anda ingin menceburi bidang keusahawanan takaful, anda bukan sahaja perlu mempelajari ilmu berkaitan produk takaful.

Langkah pertama yang perlu anda ambil berat adalah meminati kerjaya yang anda lakukan setiap hari... .Ya, perniagaan adalah perkara yang pertama kali anda perlu minat. Apabila melakukan aktiviti perniagaan tidak kira online / off line, kita perlu melakukan urusniaga dengan pelbagai orang dan ragam setiap hari. Walaupun apa bidang yang dipelajari sekalipun, jika masih tidak berminat dalam bidang perniagaan, kita tidak dapat bertahan sebagai usahawan.

Selain daripada itu juga, apabila kita telah sampai kepada meminati kerjaya ini, kita tidak akan merasakan penat ataupun putus asa dengan cabaran. Malahan kita akan lebih bersemangat untuk melakukan perkara yang baru dan mencabar. Ramai usahawan yang kita rujuk tidak kira dimana mereka berada, menjadikan perniagaan sebagai cara hidup hingga akhir hayat mereka.

No comments:

Post a Comment